Assalamualaikum. Alhamdulillah..bersua kita lagi di tahun 2011.Nampaknya sudah beberapa bulan saya tak mengemaskini blog ini. Bukan bosan atau malas(ada lah sedikit). Tetapi saya tidak mempunyai cerita atau al-kisah nak dikongsi dengan anda semua. Rasa kagum pula bila melihat blog-blog orang lain yang sentiasa berupdate. Kali ini saya sudah mendapat ilham. Pada pos kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai zaman persekolahan dan zaman universiti.
Selama 11 tahun saya berada di zaman persekolahan. Pejam celik, pejam celik sungguh cepat masa berlalu. Sebanyak mana duit kita ada, masa lampau tidak mungkin boleh dibeli. Kenangan kita semasa di zaman persekolahan tidak mungkin akan kembali. Kalau lah ada doraemon, saya rasa nak pinjam mesin masa dari dia. Saya nak kembali pada masa lampau. Tapi itu semua mustahilkan dan hanyalah angan semata-mata. Mana boleh doraemon wujud. Itu kan cerita kartun...Hehehe...:)
Waktu dulu-dulu semasa saya kecil, benda yang paling saya tak suka ialah pergi ke sekolah. Kenapa saya tak suka pergi ke sekolah? Sebab kena bangun awal pagi...kena buat keje sekolah.Kadang-kadang sampai xsempat nak siapkan kerja sekolah ..Yelah macam mana nak siap,kalau masa tu asyik main je (al-maklumlah masih kanak-kanak lagi masa tu) disamping nak jaga adik-adik yang masih kecil.....
Darjah 4 : SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching Sarawak
Apabila naik jer sekolah menengah perasaan tu dah lain.Rasa seronok jer nak pergi sekolah, kalau boleh hari-hari nak pergi sekolah....sebab dapat jumpa kawan-kawan dan paling best best dapat cikgu-cikgu yang sporting.Apa perbezaan sekolah rendah dan sekolah menengah? Pada pendapat saya, kalau kat sekolah rendah setiap minggu ada je kerja yang cikgu bagi, kat sekolah menengah bukan setiap minggu je... setiap hari pula tu. Tapi saya sedar, kerana kerja sekolah yang cikgu bagi tulah, saya berjaya berdiri sampai sekarang untuk mengejar cita-cita saya menjadi seorang guru.Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar saya, tanpa kalian semua siapalah saya.
Tingkatan 5 Prinsip Akaun : SMK Tunku Panglima Besar, Kulim Kedah.
Teringat pula kata-kata yang saya sering beritahu kepada pelajar-pelajar saya.
"Alahh... sekarang ni awak xnaklah pergi sekolah. Tapi lepas STPM nanti, mesti awak akan rindu punya kat sekolah"
Apa yang saya cakap kepada pelajar saya itu adalah berdasarkan dari pengalaman saya. Sehingga hari ini saya amat merindui sangat-sangat zaman persekolahan. Teringat kenangan manis pahit saya bersama kawan-kawan dulu. Bila teringat kenangan lama, rasa nak ketawa ada, rasa sedih pun ada. Itulah penangan ketika berada di zaman persekolahan. Saya pasti diantara anda pasti dapat rasakan apa yg saya rasakan?
Mengimbas kembali ketika saya tamat Sijil Penilaian Malaysia pada tahun 1998,saya berasa sangat seronok kerana telah tamat zaman persekolahan. Zaman di mana saya membaca buku dan belajar untuk menjawab peperiksaan atau “belajar rajin-rajin untuk dapat kerja bagus” Dan pada masa itu saya dan semua pelajar lain pasti berimpian “Tidak sabar untuk manghabiskan persekolahan untuk ke Universiti”
Tahun Akhir : Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Putra MAlaysia.
Mengimbas kembali zaman universiti, saya teringat kembali saat-saat manis pahit ketika belajar di universiti.Masa itu betul-betul membuat saya hidup berdikari kerana jauh dari keluarga. Saya mengambil masa yang lama untuk mebiasakan diri dengan kehidupan di universiti. Walaupun penat dan stress dengan jadual kuliah yang padat, assigmment yang banyak,tapi satu sahaja ingatan dari saya kalau boleh cuba elakkan buat kerja 'last minute', Memang saya akui, ada diantara student sekolah ke, universiti ke memang dah jadi rutin untuk buat kerja last minute. Memang dah jadi satu lumrah kehidupan seorang pelajar, tapi kalau boleh, cuba-cuba la buat kerja awal awal supaya tak kelam kabut masa nak hantar, tak payah nak stay up sampai jam 5 atau 6 pagi semata mata nak siapkan kerja.
Secara keseluruhannya, kehidupan di alam universiti adalah amat berbeza berbanding alam sekolah. Sudah tidak timbul isu dimarahi guru mahupun ibu bapa. Semuanya bergantung pada diri masing-masing. Disiplin dirilah menjadi kunci kejayaan setiap individu. Namun, yang paling penting, keredhaan-Nya perlulah dititkberatkan sebelum sebarang tindak tanduk diambil.
P/S : Masa tidak dapat diputar kembali.Seseorang pernah mengingatkan saya, "Sekarang kita berada di tahun 2011, kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi dan kita mesti sentiasa pandang ke depan.Buat semua yang masih berada di bangku sekolah atau di universiti, hargailah zaman belajar anda...:)Dan sudah semestinya peringatan untuk diri saya sendiri, saya akan menghargai zaman bekerja saya.
skip to main |
skip to sidebar
Thursday, February 17, 2011
About Me
- MARIANA OTHMAN
- Latar belakang akademik: Bacelor Perakaunan Dengan Pendidikan UPM; Tempat bertugas semasa: Salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di daerah Kulim; Mata pelajaran:Geografi dan Pendidikan Moral Tingkatan 1 & 2
NOTA PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2
LATIHAN PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2
KOLOKIUM
TRIAL OH TRIAL
Bilangan Pelawat
Mari Berbual
Lokasi Pelawat
Blog Archive
BLOG GURU PENGAJIAN PERNIAGAAN
-
-
PENGGAL 2 : PENGURUSAN10 years ago
-
Keberkesanan dan kecekapan10 years ago
-
11 comments:
tol tu cekgu...lagi sau kita kena ingat, kita mampu merancang, hanya Allah SWT jua yg menetukan...jgn kita mudah alpa lpa dan leka jika kita berjaya diperingkat sekolah dan juga U....tapi tak semstinya diperingkat kerjaya kita akan berjaya juga...selalulah berdoa, jgn sekali2 malas berusaha...pasti Dia akan memberi ganjaran yang setimpal di aatas apa yang kita usahakan....aminnnn
Hai Cikgu Mariana ku sayang...dari dulu, kini dan selamanya..cikgu ana mmg cute,comel,cantik, baik, sabar dan pemurah dengan senyuman....tp ckgu skang semakin bertambah cute la,mkin cntik bseri...sy tkjut jgak tgk pic bru ckgu..dh laen,xsme cm mse ajar ktorg dlu...cute sgt2..huhu...apa rahsianya ckgu?ehem..ehem..
salam cikgu cute....pengalaman ckgu amat mbantu sye..TQ..
cikgu ana comeyyyyyyyyyyy......rindu sgt2 kat cikgu...terima kasih cikgu kerana mendidik saya hingga berjaya....:)
cikgu makin cantik...=)
Hi ana...i dah tgk gambar terbaru ana -----> lawa sgt2...ana dah nampak kurus + bergaya...:) Miss u ana...
Haha....Baru sy perasan komen2 kat sini..terkejut jgk..thanks kepada semua yang memuji..Alhamdulillah...syukur dengan kurniaan Allah...apa pun sy biasa2 jer..sama mcm dulu..mgkn kamera trick je tu..jgn caya sgt yer..hehe...
Akm..Cikgu Mariana..gmba ms cikgu study kt SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching Sarawak tu sebenarnya gambar cikgu masa darjah 1. Cuba cikgu ingat balik. p/s: yg mn 1 gmba cikgu kt dlm pic tu ye? www.facebook.com/nurfahanum
Wsalam...Nurfahanum Anuar, sy yakin sangat gambar saya di SRBMJDI gmbr masa sy darjah 4 sebab sy tinggal di sarawak setahun jer...pic sy yang depan sekali 4 dari kiri..:)
salam...
nurfahanum sya rasa mcm knal ngan awak lah?
kenal siti nur haslinda ayob x?
Kenal. Apa kabar dia?
Post a Comment