Saturday, April 3, 2010

Seksa sangat ker jadi cikgu?

Salam..…

Hari ni saya just nak share about this hot topic today kat Hot FM. Tangan memang gatal jer nak dial, berkongsi pendapat tapi malas aahh..dengar komen orang jer, dan buat alasan sendiri dalam blog..kan lebih besh gitu? At least ada gak topic untuk ditulis dan update blog kan?

SEKSA JADI CIKGU…

Kisah sebenarnya, dalam suratkhabar utama Malaysia hari ni, tajuk muka depan ialah “Seksa Jadi Cikgu” yang mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Dengan itu sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

SAYA JUGA SEORANG CIKGU…
Bagi pendapat saya seorang cikgu sendiri, memang betul, sekarang ni bukan senang nak jadi seorang cikgu. Mungkin ada yang kata senang, kerja setengah hari, cuti banyak, masa kerja pun ada masa ruang sampai boleh buat direct selling jual tupperware, MLM, Insurans dan sebagainya tapi tak siapa yang nampak keseksaan kami..Bukan memilih bidang ni kerana tiada pilihan lain, tapi kerana minat, cuma ada juga bahagian dalam kerjaya ni, bukan fokus saya, tapi apakan daya demi tugas saya mesti lakukan… :)

CIKGU = MULTI PURPOSE…
Memang best kalau tugas kami ni hanya mengajar dalam kelas, tapi sedar xsedar, kami ni sememangnya multi purpose.. Kamilah cikgu yang memberi ilmu, jadi kerani menguruskan hal2 perkeranian, sediakan fail itu ini, jadi jururawat merawat pelajar yang sakit, jadi polis menyiasat kes-kes pelajar, menanda buku pelajar dsb. Kalau lah tugas semata-mata mengajar memang xda masalah, tapi waktu senggang kami di sekolah, kami cikgu ni sediakan rancangan pengajaran, sediakan modul, buat soalan, tanda kerja pelajar di samping melaksanakan tugas2 khas yang lain.


ALA CIKGU…KERJA MENGAJAR JE
Jadi cikgu ni, orang nampak mudah, tapi bila sekali masuk kelas, kami menggunakan seluruh minda dan tenaga kami, bercakap sambil berdiri, tambah pula melayani karenah pelajar yang pelbagai dengan jumlah yang ramai.. dan setiap kali sesi pembelajaran, ada misi dan objektif yang perlu kami laksanakan, bukan masuk mengajar semata. Kami mesti kreatif dalam pengajaran demi meningkatkan prestasi pelajar. Belum lagi dengan bebanan mengendalikan pelajar yang lembam, buta huruf, bermasalah, kurang minat dsb. Semuanya kami mencari penyelesaiannya sendiri.

CIKGU KAN KERJA SETENGAH HARI JER…
Kalau nak kata pasal pulang awal, kerja setengah hari, kerja kami bukan setakat jam 1tgh…Pernah saya sendiri dari jam 6.30 pagi ke sekolah, sampai balik ke rumah jam 9.30 malam… Lebih separuh hari di sekolah…Dengan aktiviti sukan kerana pada waktu itu saya selaku Ketua Rumah Sukan.

CIKGU BANYAK CUTI APA…
Dalam cuti, kami bukanlah cuti sepenuhnya.. Ada aja kerja yang kami buat sepanjang cuti.. Cuti sekolah hujung tahun pun, kami mesti menjadi pengawas untuk peperiksaan awam. Belum lagi dihantar kursus ke sana sini sewaktu cuti…

BEBAN TUGAS CIKGU LAIN-LAIN…
Apapun saya tahu, setiap sekolah ada beban kerja tersendiri. Sebab ada kawan saya yang mengajar di pedalaman katanya,dia relaks jer, mengajar tanpa pressure. Apapun saya terima semua seadanya dan saya hanya mampu berbuat setakat yang saya mampu sahaja. Kalau Jawatankuasa ada cadangan lebih baik untuk mengatasi ni, saya suka sangat.. :)

p/s: walau apa jua cabaran yang bakal dihadapi...kerja mesti diteruskan..:)

3 comments:

teacher azni said...

Salam, cikgu. Saya pun cikgu. saya meminati blog cikgu ni. Kalau ramai cikgu2 yg ada blog begini mgkin org luar bidang profesion kita akan sedar. Nampak senang, tapi kita je yg tahu. btau di media pun org tempelak kita balik.

MARIANA OTHMAN said...

Hanya guru yang memahami guru..Siapa kata kerja guru itu mudah.. On thing for sure selain ibubapa, Guru also bertanggungjawab on where we are now.. :).. Thank you to all teachers..

Tina LMC said...

HI Cikgu... Cikgu ingat saya lagi kan? hmm nampak gayanya bukan mudah untuk jadi seorang Guru... Namun apa yg hendak saya katakan kat sini sebagai seorang bekas pelajar Cikgu dan juga sebagai seorang bakal Guru pada masa akan datang nanti saya merasakan Cikgu telah berjaya dalam mendidik pelajar2 Cikgu... hasilnya kini saya telah dapat apa yang saya inginkan hasil dari usaha Cikgu yang bukan saja mengajar saya malahan mendidik saya untuk menjadi insan yang berguna... terima kasih cikgu... hanya Tuhan akan membalas jasa Cikgu.

Post a Comment