Wednesday, January 6, 2010

Salam pengenalan!

Assalamualaikum para pembaca...
Alhamdulillah..Akhirnya saya sudah mempunyai blog sendiri..Sudah lama saya terfikir untuk mewujudkan blog yang berguna untuk guru-guru yang sealiran dengan saya dan pelajar-pelajar saya.Setiap kali saya membuka laptop melayari internet saya sering mengingati diri sendiri tentang tanggungjawab sosial yang perlu saya laksanakan. Rasa glamor kerana memaparkan hasil kerja saya untuk tatapan umum tidak pernah wujud dalam diri saya. Saya mahu menyampaikan sesuatu. Itu janji pada diri saya sendiri.
"Bila lagi cikgu akan membuat nota ringkas untuk tajuk-tajuk Pengajian Perniagaan yang lain?Saya lebih suka membaca nota ringkas cikgu...dan kalau cikgu ada blog sendiri itu lebih mudah untuk kami mencari nota-nota dan latihan cikgu"
Pertanyaan ini memberi semangat saya untuk terus menghasilkan nota-nota dan latihan yang bersesuaian untuk pelajar-pelajar saya.Insyaallah. Walau tidak sebaik mana mungkin dapat memberi sesuatu pada anda.
Blog ini juga dibuka untuk kita berkongsi bersama-sama semua berfikir dan melihat,membuka mata dan mentafsir,memberi maklum balas dan nasihat,menunjuk dan mengajar agar yang di tunjuk tak terleka dan di ajar tak dilupakan..semoga dengan rahmat dan kasih sayang dari ALLAH..Saya dapat memberikan anda satu pengajaran dan panduan untuk menilai..semoga saya tidak tersasul atau tersilap..jika saya salah saya harap anda semua tegur kerana semua manusia itu tidak dapat lari dari kesilapan dan bukan sebab itu untuk saya terus melakukan kesilapan..salam ukhwah..

Cikgu Mariana

2 comments:

Mohd Shafawi said...

salam cikgu mariana...

saya amat berterima kasih sbb ada sediakan nota tentang keusahawanan,walaupun saya bukan pelajar tapi seronok juga baca tentang keusahawanan dan perniagaan ni...jadi terima kasihlah kerana menyediakan sedemikian,diharap lainn kali cikgu blhlah tambah lagi nota-nota yg lebih berguna untuk pelajar2 .....

raaga said...

terima kasih cikgu krn sediakan nota yg plg lengkap,,ini amat berguna utk i......... tanx

Post a Comment