Wednesday, January 20, 2010

Tumpuan tugas utama 2010

Salam..
Alhamdulillah…Setelah 2 minggu sesi persekolahan barulah saya berkesempatan untuk menulis untuk kali yang kedua didalam blog saya ini.Walaupun 2 minggu sesi persekolahan telah berlalu namun saya rasakan seolah-olah tidak memang tangan kerana banyak sekali kerja yang perlu saya bereskan.Yang paling ketara sekali adalah dari segi penyediaan rekod mengajar. Mulai tahun ini kami tidak akan lagi menggunakan buku rekod mengajar malahan kami perlu menaip rancangan harian dan dimasukkan ke dalam fail. Setiap guru mempunyai 4 buah ring fail kerana terdapat 4 folio yang perlu disediakan. Banyak juga kerja yang perlu dibuat. Mula-mula mungkin rasa sedikit pelik, tetapi mungkin lama kelamaan akan menjadi perkara biasa. Lagipun saya merasakan lebih mudah menaip rancangan mengajar harian kerana saya boleh copy dan paste sahaja untuk pengajaran yang seterusnya dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang.Nampaknya selepas ini, memang setiap harilah saya akan mengadap laptop.
Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah aktiviti kokurikulum yang akan diadakan pada setiap hari rabu dan ini bermakna tiada kegiatan kokurikulum pada hari sabtu. Kalau sebelum ini, saya akan pulang ke rumah pada pukul 1.05 tapi berbeza untuk tahun ini.Hari isnin dan selasa sesi persekolahan akan tamat pada pukul 2.30 petang kerana adanya aktiviti kolokium. Pada hari rabu pula, kami akan pulang pada pukul 3.50 petang kerana pengisian kokurikulum.. Manakala hari khamis dan jumaat kami akan pulang macam biasa seperti tahun-tahun lepas.Diharapkan dengan adanya perubahan seperti ini kita semua tidak akan terbeban dan akan memberikan kebaikan kepada kita semua.

Antara tumpuan tugas utama saya bagi tahun 2010 ialah:

1. Ketua Unit Pengajian Perniagaan
- Membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
- Mengadakan mesyuarat 3 kali setahun.

2. Guru mata pelajaran (Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Atas; Pendidikan
Sivik Dan Kewarganegaraan tingkatan 5)

- menyediakan pemetaan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian;
- merancang,dan melaksanakan aktiviti p & p yang berfakta, berkesan, menarik
dan menyeronokkan.
- menyediakan pelaksanaan pentaksiran formatif dan sumatif yang mematuhi
sukatan pelajaran.
- mengenal pasti tahap pencapaian setiap pelajar untuk tindakan susulan.

3. Ketua Guru Penasihat Persatuan MPP Pra-U
- menyediakan perancangan takwim aktiviti dan program persatuan 2010
- menyimpan daftar keanggotaan dalam satu fail yang kemas kini
- menasihatkan ahli jawatankuasa Persatuan MPP Pra-U tentang perlaksanaan
aktiviti dan program.
- memantau kemajuan setiap ahli persatuan dari segi penglibatan dan
pencapaian ahli persatuan
- memperaku markah kokurikulum setiap ahli Persatuan MPP Pra-U pada hujung
tahun

4. Penyelaras Unit Peperiksaan Dalaman / Headcount Tingkatan 6
- Menyediakan analisis Peperiksaan Tingkatan 6
- Menguruskan setiap headcount yang berkaitan dengan Tingkatan 6 terutamanya.
- Membuat analisis headcount setiap mata pelajaran.
- Menyediakan power point untuk pembentangan audit akademik

Wednesday, January 6, 2010

Salam pengenalan!

Assalamualaikum para pembaca...
Alhamdulillah..Akhirnya saya sudah mempunyai blog sendiri..Sudah lama saya terfikir untuk mewujudkan blog yang berguna untuk guru-guru yang sealiran dengan saya dan pelajar-pelajar saya.Setiap kali saya membuka laptop melayari internet saya sering mengingati diri sendiri tentang tanggungjawab sosial yang perlu saya laksanakan. Rasa glamor kerana memaparkan hasil kerja saya untuk tatapan umum tidak pernah wujud dalam diri saya. Saya mahu menyampaikan sesuatu. Itu janji pada diri saya sendiri.
"Bila lagi cikgu akan membuat nota ringkas untuk tajuk-tajuk Pengajian Perniagaan yang lain?Saya lebih suka membaca nota ringkas cikgu...dan kalau cikgu ada blog sendiri itu lebih mudah untuk kami mencari nota-nota dan latihan cikgu"
Pertanyaan ini memberi semangat saya untuk terus menghasilkan nota-nota dan latihan yang bersesuaian untuk pelajar-pelajar saya.Insyaallah. Walau tidak sebaik mana mungkin dapat memberi sesuatu pada anda.
Blog ini juga dibuka untuk kita berkongsi bersama-sama semua berfikir dan melihat,membuka mata dan mentafsir,memberi maklum balas dan nasihat,menunjuk dan mengajar agar yang di tunjuk tak terleka dan di ajar tak dilupakan..semoga dengan rahmat dan kasih sayang dari ALLAH..Saya dapat memberikan anda satu pengajaran dan panduan untuk menilai..semoga saya tidak tersasul atau tersilap..jika saya salah saya harap anda semua tegur kerana semua manusia itu tidak dapat lari dari kesilapan dan bukan sebab itu untuk saya terus melakukan kesilapan..salam ukhwah..

Cikgu Mariana